Saturday, 26 November 2011

DEFINISI LITERASI

Definisi Literasi
Keupayaan untuk membaca, 
menulis dan memahami perkataan,
ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah
serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut
dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

REKA BENTUK INSTRUMEN SARINGAN

  • Berdasarkan 12 konstruk asas Literasi dan Numerasi yang merangkumi definisi Literasi dan Numerasi.
  • Kesemuanya tergolong dalam asas Literasi dan Numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).
  • Murid yang menguasai kesemua 12 konstruk itu dianggap telah menguasai asas Literasi dan Numerasi.
  • Murid yang tidak menguasai kesemua 12 konstruk itu akan melalui kelas pemulihan program LINUS atau kelas khas murid bermasalah pembelajaran.
 
PENGENDALIAN
INSTRUMEN SARINGAN

Melalui 3saringan
Saringan 1- Untuk semua murid tahun1
Saringan 2 - untuk murid tahun 1 yang tidak melepasi saringan 1
Saringan 3 - untuk murid tahun  1 yang tidak melepasi saringan 2

 

Friday, 25 November 2011

Latar Belakang Linus

  •  Satu daripada National Key Result Area (NKRA) "semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah."
  • LP menyediakan instrument saringan untuk menyaring, mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid tahun satu, dua dan tiga.
  • LP telah mengadakan siri mensyuarat dan mengadakan wacana intelek dengan pelbagai pihak dalam usaha pengkonsepsian dan perekaan bentuk instrumen.