Suku Kata Terbuka

             K a e d a h   B a c a l a h  S a y a n g

                              C c  
ca      ci        cu        ce       ce        co



    Mengenal huruf C c
    1. Perkenal huruf C c
    2. Guru sebut huruf C c dan murid ikut
    3. Tulis huruf C c dengan teknik yang betul diudara, di atas belakang rakan
    4. Warnakan huruf C c di atas lembaran kerja
    5. Tulis huruf C c dengan teknik yang betul dalam lembaran kerja

    Mengeja dan Sebut Suku Kata
    1. Guru menyebut suku kata dan murid ikut
    2. Guru meminta murid sebut suku kata terbuka secara beramai-ramai
    3. Murid menyebut suku kata yang ditunjukan oleh guru secara rawak
    4. Murid menulis semula suku kata yang telah dipelajari dalam buku aktiviti menulis
    5.  Pengayaan : membaca suku kata yang telah ditulis dihadapan guru 
    6. Pemulihan : bimbing murid tulis dengan cara yang betul dan mengeja dengan betul 

    Eja dan Baca

    Eja dan Baca Perkataan
    1. Guru menunjukkan gambar dan murid menyebutnya
    2. Guru menunjukkan perkataan dan minta murid sebut mengikut sebutan guru
    3. Guru mengeja perkataan dan murid mengikut (sila lihat halaman Bahan Mengajar)
    4.  Latih tubi eja dan baca perkataan
    5.  Latihan :
    • menulis perkataan dengan betul
    • melengkapkan suku kata yang tertinggal 
    • suaikan suku kata menjadi perkataan
    • latihan ejaan perkataan yang telah dipelajari (imlak) 

      Baca Ayat

       " Aci ada cucu
      Cucu Aci cuci beca
      Cucu Aci cuci ciku
      Aci baca buku
      Aci baca buku Acu "

      1. Murid ikut guru baca ayat-ayat tunggal
      2. Murid ikut guru eja perkataan dalam ayat dan murid ikut
      3. Baca ayat yang telah dipelajari
      4. Latihan tubi membaca ayat
      5. Latihan :
      • Tulis ayat berpandukan gambar
      • Lengkapkan ayat dengan perkataan berpandukan gambar